Sunday 20 March 2011

PELIK TAPI BENAR

Al kisahnya pada 13 Mac satu pasukan seramai 14 orang murid penulis khat sekolah dihantar menyertai pertandingan seni khat di Taman Tamaddun Islam TTI peringkat kebangsaan.  Wau grandnya. Duta khas yang memenangi pertandingan peringkat dunia turut mempamerkan penulisanya.  Tup-tup adalah penyertaan seorang peserta cilik umur 9 tahun.  Entah datang dari mana dengan tidak bawa apa-apa alat menulis.  Hanya pinjam daripada murid sebelahnya turut serta.  Tiba-tiba dia pulak jadi glamour.  Kata penganjur ada bakat dan boleh di bawa ketengah untuk jumpa MB.  Si budak ni pula jenis gila glamour jugak, pergi tanya jurukamera yang asyik rakam tulisannya dan sanggup jumpa penerbit utusan dari Kuala Lumpur bila rakamannya akan keluar.  Katanya hari Jumaat jam 7.30-9.30 tapi tak tahu slot pagi ke malam.  Hai budak zaman sekarang.  Mahu lihat tulisan khatnya...jeng..jeng...percaya tak!

1 comment:

  1. hahaha...ahmad ke yg glamour ni..hahaha..cantik jugak dia tulis jawi..ahahaha

    ReplyDelete