Sunday 6 March 2011

GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Dalam usaha untuk mempastikan murid belajar dengan lebih menyeronokkan di sini dicadangkan tatacara yang mungkin boleh digunakan oleh para guru semasa berada dalam kelas.

1.   Elakkan daripada memberi penerangan yang panjang (teacher talk) kerana murid akan cepat rasa bosan.
2.   Guru hendaklah merancang aktiviti yang ingin dijalankan pada setiap sub-topik yang hendak diajar.
3.   Murid berada dalam kumpulan yang telah dibentuk sebelumnya bagi mengelakkan pembaziran masa.
4.   Setiap aktiviti yang dipilih seharusnya mampu membentuk minat dan kreativiti murid.
5.   Selepas selesai menjalankan aktiviti, wakil kumpulan bolehlah membuat pembentangan hasil kerja yang   
      telah dilakukan.
6.   Konsep pembentangan seharusnya menggunakan pelbagai sudut dalam bilik darjah agar proses P & P  
      tidak satu arah sahaja.
7.  Jika mampu guru bolehlah merakamkan semua pembentangan yang dilakukan oleh murid agar mereka   
     berasa dihargai.  Jumpa lagi!



1 comment:

  1. i have a question regarding your post. so, as the listener or student in a lecture/class, what should we do to deal with "boring" teacher?

    ReplyDelete